Saturday, January 25, 2014

Spending Weekend #1

Weekend bagi setiap orang mungkin berbeza. Tapi aku lagi selesa spend masa kat rumah kemas rumah etc..etc. Basuh baju, iron baju, kemas rumah. Tu aku la sebab aku tak suka kelam kabut time weekdays. I'll make sure that everything keperluan sepanjang minggu da di settlekan.

Hari ni berbeza sikit sebab pagi tadi pegi pusat tusyen kemaskan file apa yang patut. Next month da stay kat Puchong. Berbeza sikit la dari sebelum ni. Aku da lama jugak stay kat Nilai ni. Kira ni peluang nak tukar angin la.

Hari ni teman Kal buat lab. My housemate tu fulltime sambung master memang busy. Rasenye seminggu kitorang tak sembang sebab masa yang tak sama. Aku kerja office hour. So memang tak dapat sembang. Kat lab ni best sebab boleh pakai wire. Laju woo aku tengok tonton.he

So far, setahun yang lalu memang weekend aku tak spend untuk tidur sepanjang hari. Da tak macam waktu study dulu. Lab ni lab Kimia memang aku pun tau sikit-sikit term 'Fumehood', 'Waterbath Shaker', 'Filter', 'Flusk'..ingat lagi tak term tu dulu?hehe.

tekun kan kawan saya :)

Aku dulu ambik matrik ingat la sikit-sikit. Tapi malas kot nak buat lab. Tu yang ta ditakdirkan ambil Science Stream mase degree.

ni vial. nak letak sample.

Lab yang canggih
Kesimpulannya, nak buat kerja-kerja lab kene sabar, cekal, sifat ingin tahu yang tinggi baru boleh hasilkan result yang baik.

:)

Wednesday, January 22, 2014

Mood Swing #1

Macam takde mood je harini. Ni macam tanda-tanda demotivate dengan kerja. Mata pun da rasa macam berpinau je mengadap pc.

Tak sabar-sabar nak balik umah (_ _")

Tuesday, January 21, 2014

Surat Perletakan Jawatan

Untuk aku yang suka bertukar-tukar kerja ni, rasanya ni la first time nak bagi surat letak jawatan. Rasanya sebelum ni by mulut je atau aku memang wat hitam putih nak berapa bulan sekian-sekian.

So, disebabkan aku bekerja dengan kementerian kena make it formal lah. Next week aku nak berhenti sebab nak rehat and prepare barang untuk berpindah ke Puchong. Pening bile memikirkan kene settledown kat bandar. Da biase duduk pekan ni rase tensyen nak duk bandar.

Kat sini kerja bertimbun-timbun tapi aku bersyukur sebab dapat Ketua Unit yang baik. bertimbang rasa dan hormatkan pekerja bawahan. Akan aku karang surat ni baik-baik bagi memberi penghargaan sebab mereka menerima aku disini.

Ni contoh surat aku. PSH boleh la guna. Make sure korang berhenti cara baik since korang diambil dengan cara yang baik jugak. Walaupun tempat tu teruk macam mana pun still tu jugak tempat kita bekerja.




Amna Safiyyah Bt Shah
1123, Apartmen Perdana,
Taman Perdana,
71800 Dengkil,
Selangor.                                                                             
____________________________________________

Penolong Setiausaha,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No 2, Menara 2,
Jalan P5/6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200, W.P Putrajaya.                                            22hb Januari 2014


Tuan,
Makluman Perletakan Jawatan

Merujuk kepada perkara diatas, saya Amna Safiyyah Bt Shah yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir (PSH) Gred N17 ingin memaklumkan tentang perletakan jawatan saya bermula 29hb Januari 2014.

2. Untuk makluman pihak Tuan tujuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menimba pengalaman di bahagian ini.

3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama dan saya  dahului dengan ucapan terima kasih.




Yang Benar,


(Amna Safiyyah Bt Shah)
Pembantu Tadbir N17 (PSH),
Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik,
Bahagian Biasiswa.

u/p:      En. Bakar Bin Ali
Jawatan
Bahagian/Unit



Remarks: Semak semula sebarang kesalahan tatabahasa dan tanda baca.
Wassalam :)

Counting Days

Daisypath Wedding tickers

Together Since 30th Mei 2010

Daisypath Friendship tickers