Da masuk tahun baru mesti nak buat 'Wishlist' baru. Tapi sebelum tu nak tengok jugak ape acievement tahun lepas. Rasanya tahun lepas adalah tahun yang paling hectic sekali. Tahun 2013 memang tak boleh lupa sebab tu la tuh yang palingg GILA bekerja, gila cari duit, semua la.
Rasa frust sangat bila terlepas konvo tahun 2012 dengan kawan-kawan dan terpaksa extend lagi untuk 1 subjek Kalkulus (biol gila math). Kerja dan kerja apa-apa sahaya since mase tu sedar diri ni ada SPM je (sebab budak matrik). Hey! nak keje ape ada SPM jerr.
Tapi tuhan sayangkan aku dan memudahkan aku dengan rezeki aku yakni:
Cikgu Tusyen
Di offer menjadi cikgu tusyen untuk subjek SPM. Masa tu memang rasa tak yakin sangat sebab takda pengalaman mengajar/ rasa diri ni tak boleh buat dan macam-macam rasa la. Tapi, someone told me "Try je la, ko tak tau bila ko takde duit nanti". Yela, da senang keje gaji ber k nih rase slek je nak wat keje sambilan. Then, I change my thought. dan bermula la kisah berkerja partime tusyen. Since masa tu awal tahun aku kebas semua subjek yang takde cikgu (UPSR, PMR, SPM tuu) dengan tawakal dan sikit preparation. Nak cite pasal pengalaman mengajar ni kene bukak 1 lagi entry rasenye.Heh!
Cyberjaya
Berbekalkan keazaman aku diterima berkerja dengan gaji yang agak lumayan berbekalkan dengan transkrip akhir semester aku (Ni kerja gila. jangan buat ye kawan-kawan). Masa tu rasa tak confident boleh ke aku kerja jadi Junior Reaserch Assistant nih. Well, sampai sana aku diberitahu oleh my collegues yang diorang kat sana takde kerja. Tuhan memang sayangkan aku. Dengan kerja yang takde n masa yang fleksibel membolehkan aku still ambil subjek yang aku fail. And u know what, I've been paid for 1.5 ++k for just being in the office. I don't know what the company it is and I just stay until I pass the exams and get my degree certificate.
Tadika
Orang kata langit tak selalunya cerah. memang betul pun,. bulan 6 betul-betul lepas final exam hujung bulan tu aku dan kawan-kawan 1 opis kene buang keje.Sob. Tak usah cite la perasaannya camne. hari tu kene buang, hari tu jugak kene bungkus balik.Ayark! Then, ade tusyen lagi rase boleh move on tapi bape la sangat duit tusyen tu dengan expenses aku (walaupun aku jimat orangnya). Tak lama pun, dalam 2 hari camtu aku start cari keje yang senang dapat kat mudah.my. Memang sungguh senang la. Next week da start keje tadika yang agak branded jadi assistant teacher. Penat la jugak tapi tadika ni ade shift. Start awal balik awal, start lambat balik lambat. kene abiskan 45jam seminggu. Lagi gile terkejar-kejar kat pusat tusyen.Ni kontrak 2 bulan je. Sabar..sabar..
Pengangguran
Sepanjang 2 bulan keje aku memang gile. Tusyen aku tiap hari. Ada 2 hari kelas petang dan malam. Plus home tusyen pegi rumah orang.Plus kelas tusyen sabtu ahad pagi. Plus ade akak tu anta anak dia mengaji petang weekend. Kau bayang la camne aku tak gile! Dengan stress pakwe aku pun tambah bantai aku keje macam bangla. Cukup 2 bulan aku quit tadika. Pas berenti okey la sikit.keje petang dan malam je. 2 bulan jugak aku camtu. Hidup? Boleh la tapi kene ingat kelas tusyen makin sikit sebab budak da abis exam. Tapi bile duit da menyikit Tambah nak bertunang lagi. Result tak kua lagi, tak bley amik transkrip. Camne nak keje degree Stress balik. Oh! I need to find job. Again.Sigh!
Putrajaya
Gigih gile aku cari kerja after bertunang. resume semua aku pas kawan aku kalau ade vacancy mane-mane.Jobstreet, segala jenis job, mudah.my, surat khabar semua aku redah dek kerana nak kerja degree. Rasanya nak habiskan je penyiksaan keje yang bergaji sikit ni. Alhamdulillah aku dapat banyak interview after bertunang. 3 interview aku pegi semua hampeh. Takpe sabar lagi, dapat 1 interview dari Kementerian **. Tapi jawatan N17. Aku pegi jugak. Cakap je Subang, KL sume aku redah g interview. Tapi rezeki aku diterima kat Kementerian je. Ok! Just go. Yang pasti akan ade je kesengsaraan akan dihadapi.
Okeh!
Panjang cite kan. Taktau apa yang aku rasa sepanjang tahun 2013. Bercampur baur rasanya. Aku dapat beberapa key word yang boleh conclude semua nya. SURVIVALITY Ni la the best description Tahun Survive. Aku yakin Tuhan akan bagi jugak jalan untuk aku hidup senang selagi aku berusaha. Aku da nampak cahaya sikit-sikit. Buat kawan-kawan, mungkin korang lagi teruk dari aku. Tapi tu la pengalaman yang aku boleh ceritakan. Dalam hidup aku menyesalkan sesuatu tapi aku yakin aku boleh dapat hidup yang aku nak dengan usaha, doa dan tawakkal. Wassalam :)
|
Suke pegi laut kalau tensyen :) |