Tuesday, January 21, 2014

Surat Perletakan Jawatan

Untuk aku yang suka bertukar-tukar kerja ni, rasanya ni la first time nak bagi surat letak jawatan. Rasanya sebelum ni by mulut je atau aku memang wat hitam putih nak berapa bulan sekian-sekian.

So, disebabkan aku bekerja dengan kementerian kena make it formal lah. Next week aku nak berhenti sebab nak rehat and prepare barang untuk berpindah ke Puchong. Pening bile memikirkan kene settledown kat bandar. Da biase duduk pekan ni rase tensyen nak duk bandar.

Kat sini kerja bertimbun-timbun tapi aku bersyukur sebab dapat Ketua Unit yang baik. bertimbang rasa dan hormatkan pekerja bawahan. Akan aku karang surat ni baik-baik bagi memberi penghargaan sebab mereka menerima aku disini.

Ni contoh surat aku. PSH boleh la guna. Make sure korang berhenti cara baik since korang diambil dengan cara yang baik jugak. Walaupun tempat tu teruk macam mana pun still tu jugak tempat kita bekerja.




Amna Safiyyah Bt Shah
1123, Apartmen Perdana,
Taman Perdana,
71800 Dengkil,
Selangor.                                                                             
____________________________________________

Penolong Setiausaha,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No 2, Menara 2,
Jalan P5/6,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200, W.P Putrajaya.                                            22hb Januari 2014


Tuan,
Makluman Perletakan Jawatan

Merujuk kepada perkara diatas, saya Amna Safiyyah Bt Shah yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir (PSH) Gred N17 ingin memaklumkan tentang perletakan jawatan saya bermula 29hb Januari 2014.

2. Untuk makluman pihak Tuan tujuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menimba pengalaman di bahagian ini.

3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama dan saya  dahului dengan ucapan terima kasih.




Yang Benar,


(Amna Safiyyah Bt Shah)
Pembantu Tadbir N17 (PSH),
Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik,
Bahagian Biasiswa.

u/p:      En. Bakar Bin Ali
Jawatan
Bahagian/Unit



Remarks: Semak semula sebarang kesalahan tatabahasa dan tanda baca.
Wassalam :)

1 comment:

  1. Terima kasih banyak2 atas entry ni. semoga allah membalas jasa awak.

    ReplyDelete

Counting Days

Daisypath Wedding tickers

Together Since 30th Mei 2010

Daisypath Friendship tickers